Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan orang ramai agar
tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai situasi banjir di
negeri ini yang boleh menimbulkan kerisauan masyarakat setempat.
Menurut
beliau, keadaan banjir yang berlaku di sekitar negeri ini adalah
disebabkan oleh cuaca hujan yang berterusan dan bukannya lepasan air
dari empangan seperti yang diwar-warkan di laman sosial.
"Terdapat
pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan info tidak sahih
seolah-olah memberi gambaran bahawa keadaan banjir di negeri Perak
adalah tidak terkawal dan merbahaya.
"Saya
ingin menjelaskan bahawa berdasarkan laporan dan tinjauan daripada
Majlis Keselamatan Negara dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad(TNB)
yang bertugas di empangan, situasi banjir adalah masih selamat, tidak
membimbangkan dan sentiasa dalam pemerhatian," katanya kepada
pemberita.
Beliau
berkata demikian selepas membuat tinjauan di Stesen Jana Elektrik
Sultan Azlan Shah, Kenering pada malam Selasa.
Jelasnya,
keadaan banjir adalah satu situasi yang melibatkan keselamatan dan
soal nyawa masyarakat dan bukannya sesuatu yang wajar dipermainkan
sewenang-wenangnya.
Dr Zambry
berkata, taburan hujan di aliran Titiwangsa dan yang berterusan telah
menyebabkan paras air di empangan-empangan mencapai takat maksima
justeru memerlukan pelepasan air, namun ianya masih berada dalam
tahap yang terkawal.
Jelasnya,
tiada sebarang niat untuk memanipulasi dan menyembunyikan sebarang
informasi daripada orang ramai mengenai keadaan empangan di negeri
Perak, namun masyarakat harus bekerjasama tidak menyebarkan sebarang
spekulasi tanpa sumber sahih.
"Pihak
TNB tidak akan melepaskan air dari empangan sesuka hati tanpa
memeriksa risiko dan bahagian teknikal, ianya adalah berdasarkan
kapasiti takungan empangan dan penilaian teliti daripada pihak
mereka," katanya lagi.
Dalam pada
itu, sebanyak 93 keluarga yang melibatkan 357 mangsa banjir dari
kawasan Gerik hingga ke Kuala Kangsar telah dipindahkan ke pusat
pemindahan berikutan banjir yang berlaku di kawasan mereka.
No comments:
Post a Comment