PANGKOR : “Saya rasa gembira dan bersyukur kerana dalam usia lanjut begini anugerah ini menjadi rangsangan kepada saya untuk terus berkarya.”
Demikian
ulasan penerima anugerah Malim Ghozali PK Mohamed Ghazali Abdul
Rashid yang dinobatkan sebagai Sasterawan Perak Darul Ridzuan ketiga
dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.00 dan watikah
daripada kerajaan negeri.
Katanya
lagi ketika usianya yang sudah mencecah 65 tahun anuegerah ini
seperti rangsangan dan motivasi kepada saya untuk terus berkarya dari
semasa ke semasa walaupun keadaan kesihatannya belum begitu pulih
sepenuhnya.
“Masih
terdapat kerja-kerja yang belum selesai dan perlu saya lakukan ,”
katanya.
Beliau
biarpun sedang bertarung dengan penyakit kanser tahap empat yanv
dialaminya tetap terus membantu dan mengembangkan seni puisi rakyat
sehingga kini.
Malim
Ghozali PK dilahirkan di Malim Nawar Perak pada tahun 1949 dan
sepanjang penglibatannya dalam dunia sastera, beliau telah menulis
cerpen, novel (Rendang, Janji Pramaribo) dan antologi puisi
(Gemaruang).
Antologi
ini memuatkan 20 buah cerpennya dari tahun 1984 hingga 1990.
Pak
Malim selaku pengarah program “Puisi dan Lagu Rakyat Nusantara ke
Persada Dunia”PULARA turut berpendapat bahawa penganjuran kali ke
lima ini berjaya menarik lebih ramai pengiat sasterawan dari seluruh
pelusuk negeri dan negara.
“PULARA
5 menambah dua segmen baharu iaitu ucap tama seni dan tayangan
filem,” katanya.
PULARA
berlangsung pada 11 Disember sehingga 14 Disember di Pulau Pangkor
dan kali ini juga menampilkan penglibatan anak-anak muda didalam
Ekspedisi Promosi Pulara 5, tahun ini.
No comments:
Post a Comment