Rakyat
di negara ini perlu sedar bahawa bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh
kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu ditiru oleh pembangkang
sekiranya mereka memerintah.
Pengerusi
BN Wangsa Maju, Dato' Dr Mohd Shafei Abdullah berkata,
pengundi-pengundi di Malaysia perlu insaf mengenai perkara tersebut
dan tidak terpengaruh dengan mengundi pembangkang berdasarkan bantuan
yang diterima semasa kempen pilihan raya sahaja.
"Contohnya
di Wangsa Maju, siapa nama wakil rakyat tuan-puan...mungkin ramai
tidak berapa ingat namanya, sebab tidak ada langsung tawaran bantuan
persekolahan, bantuan mangsa kebakakaran dan bantuan kepada mangsa
banjir, dia tidak peduli.
"Sampai
masa ketika hampir pilihan raya nanti baru beliau akan turun padang,
empat hingga lima tahun tidak buat kerja dan apabila lagi sebulan
hendak pilihanraya baru beliau akan berjumpa rakyat dan ketika itu
rakyat akan menganggap beliau adalah wakil rakyat yang baik,"
katanya ketika mencapai ucapan pada Program Bantuan Persekolah "Back
To School" di sini hari ini.
Shafei
menjelaskan, berbeza dengan parti Umno dan BN yang bertungkus-lumus
membela nasib rakyat namun langsung tidak pernah dihargai oleh
pengundi-pengundi.
"Yang
Umno tunggang-langgang daripada awal sehingga pilihan raya, kita cuba
berkhidmat untuk rakyat terus dilupakan, inilah nasib kita di Wangsa
Maju.
"Beliau
(pembangkang) yang telah dapat memerintah di sini, dan sekiranya kita
(Umno) membiarkan sahaja masalah-masalah di sini begitu sahaja, maka
kita rasa nasib rakyat di sini akan tidak terbela, dan kerana itu
kita bekerja sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban
penduduk di Wangsa Maju," ujarnya.
Kira-kira
700 pelajar sekolah dari kawasan ini menerima bantuan wang tunai
sebanyak RM100 serta beg sekolah bagi membantu mereka menempuh sesi
persekolahan tahun hadapan.
Program
tersebut dianjurkan oleh Biro Pendidikan Umno Bahagian Wangsa Maju
dengan kerjasama daripada Yayasan Wilayah Persekutuan.
No comments:
Post a Comment