Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Tuesday 23 December 2014

Program 'Bantu Kami Ke Sekolah' Akan Diperkasakan



Kerajaan negeri bercadang untuk memperkasakan lagi program Perak 'Back To School', Bantu Kami Ke Sekolah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan memperoleh barangan persekolahan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Dato' Dr Muhammad Amin Zakaria, bantuan persekolahan yang disalurkan melalui Yayasan Bina Upaya (YBU) meningkat setiap tahun serta dijalankan setiap tahun.
Dr Muhammad Amin berkata penambahbaikkan akan dilaksanakan saban tahun memandangkan bukan mudah untuk menguruskan penerima dalam skala yang besar, selain itu mereka juga akan menggunakan pendekatan yang berbeza pada tahun hadapan.
"Kita dalam perancangan untuk turun padang ke DUN masing-masing supaya lebih ramai anak-anak yang menerima bantuan ini, hanya perasmian sahaja yang akan dijalankan di Ipoh," katanya ketika merasmikan penutupan program tersebut di Kompleks Renang MBI pada Ahad.
Selain itu, beliau berkata usaha membantu golongan kurang berkemampuan bukan hanya tugas kerajaan semata-mata malah pihak swasta juga boleh bekerjasama menjalankan tanggungjawab social korporat (CSR).
"Perlu ada penyelarasan bagi menguruskan program sebegini untuk mengelakkan pertindihan yang di mana seorang pelajar menerima bantuan dari pihak berlainan dan lebih dari satu.
"Diharapkan para pelajar lebih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan dengan bantuan yang diterima ini, tiada balasan yang kita minta cuma kalau boleh harap pelajar beroleh kecemerlangan," katanya.

No comments:

Post a Comment