IPOH
: Kerajaan Negeri Perak telah mengarahkan pihak yang berwajib untuk
mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu penternak memberikan
bangkai haiwan dipercayai babi kepada ikan talapianya.
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, perbuatan tersebut
berkemungkinan dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
“Saya
berpendapat ada tindakan daripada pihak-pihak tertentu berkaitan isu
tersebut dan ia tentunya mendatangkan persepsi yang buruk.
“Saya
telah meminta kepada jabatan yang terlibat termasuklah Jabatan
Perikanan dan Jabatan Agama Islam (JAIPk) untuk membuat siasatan bagi
memastikan laporan-laporan tersebut dan mengambil tindakan
sewajarnya,” katanya.
Jelasnya,
tindakan itu perlu dilakukan dengan segera demi menjaga kepentingan
rakyat di negeri itu kerana ia melibatkan sensitiviti agama dan juga
kehidupan masyarakat dalam masyarakat yang berbilang kaum khususnya
dalam konteks Negeri Perak.
Beliau
berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berkenaan isu yang
menjadi viral di laman media sosial dimana penternak telah memberikan
ikan talapia miliknya makan haiwan yang dipercayai babi.
Terdahulu,
Isnin yang lalu, masyarakat telah dikejutkan dengan penyebaran
beberapa keping gambar di laman media sosial berkenaan penternak ikan
talapia di Perak telah memberikan bangkai babi kepada ikan tersebut.
Berita
tersebut telah menjadi viral dan telah mendapat perhatian daripada
semua pihak.
Ia
merupakan kejadian yang hampir serupa dengan satu isu yang berlaku
pada Julai yang lalu dimana ikan patin di Perak dipercayai telah
diberi makan bangkai babi berikutan penemuan tulang-tulang haiwan itu
dalam kolam ikan tersebut yang pecah.
No comments:
Post a Comment