Perak
menjadi negeri pertama di negara ini yang menubuhkan Jawatankuasa
Pengupayaan 30 peratus wanita dalam semua sektor.
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jawatankuasa itu yang
akan dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Rusnah Kassim
pada dasarnya akan diwakili oleh semua tujuj ADUN wanita negeri Perak
termasuk daripada pembangkang.
Menurut Dr
Zambry, beliau difahamkan tokoh-tokoh yang difikirkan layak untuk
mengisi jawatan anggota jawatankuasa berkenaan bertujuan memastikan
penglibatan wanita sama ada dalam peringkat membuat dasar, pengurusan
dan peringkat-peringkat lain diberi keutamaan.
"Sudah
sampai masanya kerajaan mengambil satu langkah ke hadapan bagi
mengiktiraf penglibatan wanita dengan mewujudkan jawatankuasa ini,''
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat minggu
Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.
Dr Zambry
berkata, jawatankuasa ini diwujudkan bagi membuat kajian-kajian
terperinci dan cadangan kepada kerajaan negeri dan ia juga boleh
dibawa ke peringkat sidang dewan.
Di
peringkat kerajaan negeri, terdapat sejumlah 703 kakitangan memegang
jawatan di peringkat pembuat dasar dan pengurusan tertinggi dengan
167 mereka atau 24 peratus adalah wanita.
Manakala
bagi kakitangan sokongan pula, peratusan wanita adalah pada 23.4
peratus ataupun 3,119 daripada jumlah keseluruhan 13,280 penjawat
awam yang ada.
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan
Integrasi Nasional, Datuk Rusnah Kassim pula menganggap penubuhan
jawatankuasa tersebut sebagai satu perkembangan yang begitu baik
sekali khususnya untuk mengupayakan kaum wanita di negeri Perak.
Katanya,
bidang tugas jawatankuasa baru yang diumumkan ini ialah untuk
mengkaji apa dia kaedah yang boleh diambil untuk mempercepatkan
pembabitan wanita di dalam semua sektor 30 peratus ini.
"Kami
telahpun berbincang dan jawatankuasanya akan dibabitkan kesemua Adun
wanita di negeri Perak ini tidak kira sama ada pembangkang ataupun
adun kerajaan,'' katanya.
Menurut
Rusnah, beliau sedang mengenal pasti beberapa orang wanita yang sudah
berjaya untuk membantu bagi menjayakan matlamat pengupayaan wanita
dinegeri ini.
Katanya,
pihaknya sedang mengubal Pelan Tindakan Wanita untuk enam tahun dan
sebagai permulaan bagi mencapai 30 peratus ini setiap tahun mesti ada
pergerakan penambahan peratusannya supaya pada 2015 sudah mencapai
minima 30 peratus.
Menurut
Rusnah, Pelan Tindakan ini akan mula pada minggu pertama Januari yang
akan membabitkan lima tongak iaitu wanita dengan kepimpinan, membuat
dasar, wanita di dalam keusahawanan, wanita di dalam keluarga dan
wanita di dalam keselamatan.
"Tapi
yang paling pentingnya kalaulah kita tidak mempunyai persetujuan
daripada pucuk pimpinan kita khususnya daripada Menteri Besar tidak
mungkin perkara ini dapat kita capai,'' katanya.
Sementara
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bahagian Korporat,
Nor Aniza Mansur menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai
mengiktiraf peranan kaum wanita di negeri perak.
"Saya
berbesar hatilah dengan kerajaan negeri Perak kerana memberi peluang
kepada wanita-wanita di negeri ini dengan memberi 30 peratus lebih
peluang kepada kami untuk berkhidmat di negeri ini,'' katanya.
No comments:
Post a Comment