IPOH:
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyeru wargakota agar
bekerjasama dan memberi perhatian khusus dalam menjaga kebersihan
serta memelihara persekitaran bandaraya Ipoh yang disifatkan cukup
mendukacitakan.
“Saya
telah memberi arahan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memberi perhatian terhadap
perkara yang dikhususkan seperti sampah sarap, rumput-rumput perlu
dipotong dan longkang yang perlu diselenggara,” katanya.
Tambahnya
lagi, bandaraya Ipoh perlu diberi perhatian kerana ia melambangkan
negeri Perak.
Beliau
berkata demikian sejurus membuat lawatan mengejut di sekitar
bandaraya Ipoh, di sini hari ini.
Katanya
lagi, pihak berwajib juga perlu meningkatkan tahap kebersihan di
kawasan sekitar.
“Perkarangan
Dataran Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh telah menjadi salah satu
tempat tarikan kepada wargakota namun malangnya kesedaran sivik tiada
hingga sampah sarap memenuhi kawasan ini,” katanya.
Ujarnya
lagi, ini menunjukkan bahawa kesedaran sivik di kalangan orang ramai
yang berkunjung ke kawasan tersebut masih rendah.
“Apabila
pihak MBI bertegas, ada pula yang cuba bertindak membantah dan saya
tidak akan berkompromi dalam soal kebersihan,” katanya.
Ujarnya
lagi, situasi tersebut cukup memalukan apabila persekitaran kotor
tersebut disaksikan oleh pengunjung luar.
“Kerajaan
negeri tidak akan berkompromi kali ini dan mereka yang ingin berniaga
di sini seharusnya memastikan keadaan sekitar turut dijaga,”
tegasnya lagi.
Tambahnya,
peniaga bertanggungjawab terhadap persekitaran perniagaan supaya
sentiasa bersih selain memberikan kerjasama kepada semua pihak.
“Kita
tidak mahu menyekat mana-mana pihak berniaga namun perlunya ada
kesedaran sivik dan sifat bertanggungjawab di kalangan peniaga,”
katanya.
Tegasnya
lagi, pemuliharaan terhadap infrastruktur yang disediakan perlu
dilakukan dari semasa ke semasa.
“Negara
Jepun boleh dijadikan contoh yang baik untuk diikuti dan jangan
sekali bersifat angkuh terhadap perkara seperti ini,” katanya.
Tegasnya
lagi, walaupun perkarangan KTM tidak dibenarkan menjadi lokasj
perniagaan, peniaga tetap dibenarkan berniaga atas jasa baik MBI.
“Nasihat
daripada MBI perlu didengar dan jika peniaga tidak berdisplin,
masalah ini pasti akan terjadi,” katanya.
Ujarnya
lagi, kawasan sekitar Memory Lane (Pasar Karat) juga perlu diberi
perhatian dari aspek infrastruktur dengan meningkatkan pencahayaan
seperti lampu jalan.
“Jalan-jalan
di bandaraya Ipoh perlu disegerakan penyelenggaraannya kerana laluan
ini digunakan oleh orang ramai setiap hari sekaligus membahayakan
keselamatan mereka,” jelasnya lagi.