Selepas
kejayaan peringkat persekutuan mewujudkan Parlimen Belia, Perak
bercadang untuk mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia bagi
mewakili golongan belia di negeri ini.
Pengerusi
Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul
Zaman Yahya cadangan itu dinyatakan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri
Dr Zambry Abd Kadir ketika berjumpaan dengan Ahli Parlimen Belia dari
negeri Perak di pejabatnya pada Khamis.
Sehubungan
itu, beliau meminta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perak
mencadangankan mekanisme kewujudan DUN Belia itu kerana mereka
mempunyai pengalaman ketika mengadakan pemilihan Ahli Parlimen Belia
tahun lalu.
"Datuk
Seri Dr Zambry Abd Kadir menyatakan hasrat beliau supaya Dewan
Undangan Negeri Belia ini dapat benar-benar mewakili semua golongan
belia di luar sana,
"Beliau
mahu konsep inklusif, iaitu dalam kita mewujudkan Dewan Undangan
Negeri Belia ini, wakil daripada semua kaum, Orang Asli dan golongan
OKU juga turut diwakili," katanya kepada pemberita selepas turut
hadir dalam pertemuan antara Ahli Parlimen Belia dan Menteri Besar.
Shahrul
Zaman berkata, sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap golongan
belia, beliau akan berusaha untuk merealisasikan cadangan itu, dengan
kerjasama JBS, Majlis Belia Negeri (MBN) Perak dan Ahli Parlimen dari
negeri Perak.
Beliau
memberitahu, ketika pertemuan itu, Dr Zambry turut menyatakan hasrat
supaya DUN Belia itu dapat direalisasikan pada Jun 2015.
Mengenai
bilangan keanggotaan DUN Belia itu, Shahrul berkata, ia juga akan
dikaji lebih lanjut dengan mengambil contoh penubuhan Ahli Parlimen
Belia yang ketika ini menetapkan 1 ahli mewakili 100,000 belia.
Beliau
memberitahu, setakat ini terdapat kira-kira 940,000 belia di negeri
Perak.
"Apapun,
kita akan kaji lebih lanjut, insya Allah, sebagai exco, saya akan
cuba melaksanakan cadangan ini dengan sebaik mungkin," tambah
beliau.
No comments:
Post a Comment