Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Tuesday 27 January 2015

Mangsa Banjir Di Perak Akan Terima Bantuan RM 1000:- DSD Dr Zambry Abd Kadir



Kerajaan negeri bersetuju  untuk menambah wang bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini sebanyak RM500.
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, bantuan itu adalah tambahan daripada bantuan yang  diumumkan oleh kerajaan Persekutuan kepada mangsa banjir yang menerima nilai bantun yang sama.
Jadi mangsa banjir di Perak akan terima sebanyak RM1,000 iaitu RM 500 daripada kerajaan Persekutuan dan RM 500 daripada kerajaan Negeri,” beliau memaklumkan perkara itu selepas menghadiri mesyuarat exco di Ipoh.
Perancangan untuk menyalurkan bantuan kewangan tersebut sedang dibuat dan menurut Datuk Seri Diraja Dr Zambry wang tersebut akan diberikan berdasarkan bilangan buah keluarga yang terjejas.
Sehingga hari ini,  jumlah keseluruhan mangsa banjir yang terjejas masih dalam anggaran  lebih 6,000 orang.
Justeru, beliau berkata, data tepat mengenainya iaitu mengikut buah keluarga yang terlibat akan diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan seterusnya akan disemak dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Jumlah mangsa lebih 6,000 tetapi dari segi jumlah keluarga dan rumah yang terjejas, kita masih belum dapat jumlahnya lagi.
Apa pun kita akan dapatkan jumlah sebenar; Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi maklumat tersebut dan seterusnya kita akan buat semakan dengan Majlis Keselamatan Negara”, katanya kepada media.



No comments:

Post a Comment