Suasana
hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, Ipoh
diwarnai dengan pelbagai macam ragam, ada murid yang teresak-esak
menangis mencari ibunya dan tidak kurang juga gembira bertemu rakan
baru.
Tumpuan
khusus diberikan kepada murid-murid Tahun 1 yang baru memulakan sesi
persekolahan, tidak dinafikan ramai ibu bapa memenuhi perkarangan
sekolah untuk menghantar anak-anak sehingga ke pintu kelas.
Seramai 72
orang murid Tahun 1 dan 50 orang murid Pra Sekolah ditempatkan di
sekolah ini, jumlah keseluruhan murid bagi tahun 1 hingga 6 pula
ialah 446 orang.
Meor Ammar
Meor Rasdi, 7, kelihatan lincah dan ceria sewaktu berada di dalam
kelas, malahan dia nampak begitu bersemangat untuk memulakan sesi
pembelajaran.
"Masuk
darjah satu rasa seronok, dapat jumpa ramai kawan. Tak rasa takut
sebab sebelum ini pernah belajar di Pra Sekolah.
Besar nanti cita-cita saya nak jadi angkasawan," kata Meor Ammar yang begitu petah berkata-kata.
Besar nanti cita-cita saya nak jadi angkasawan," kata Meor Ammar yang begitu petah berkata-kata.
Seorang
lagi murid, Nurul Syafiqah Ahmad Irang@Suhiran, 7, merupakan anak
sulung dari dua beradik berkata, dia gembira berjumpa rakan-rakan
lain dan mahu menjadi seorang guru pabila dewasa kelak.
"Rasa
takut juga sebab kali pertama datang sekolah, tapi gembira sebab
sudah jumpa kawan baru," kata Nurul Syafiqah.
Menjengah
seketika murid-murid Pra Sekolah di sini, lain pula kisahnya
berbanding Tahun 1, kanak-kanak yang belajar di sini berumur seawal 5
tahun dan rata-rata di antara mereka masih belum dapat menyesuaikan
diri dengan persekitaran sekolah.
Bagaimanpun
menurut seorang guru, keadaan itu hanyalah bersifat sementara dan
mereka akan mula menunjukkan minat untuk belajar dalam tempoh
terdekat.
No comments:
Post a Comment