Masyarakat
diminta lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengambil
kesempatan terhadap bantuan banjir yang disumbangkan.
Pengerusi
Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku terutama di kala negara
ini berdepan dengan situasi banjir yang amat dasyhat.
“Saya
rayu kepada rakyat supaya jangan ambil kesempatan. Jika ini bukan hak
kita, jangan ambil. Ada yang kadang kala air hanya lalu di depan
rumah dan dia terkepung, rumah dia tidak kena banjir tetapi kawasan
dia terkepung, jadi dia pun hendak datang ambik bantuan ini,”
tegasnya.
Datuk
Seri Abdul Azeez yang ditemui pada majlis penyerahan barangan asas
kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Diraja DrZambry
Abd Kadir untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini.
Dalam
pada itu, beliau memuji tindakan pihak negeri Perak dalam mengurus
tadbir bantuan yang sekaligus dapat melancarkan proses pengagihan
kepada mereka yang berkenaan.
Ini
termasuklah kaedah yang diguna pakai untuk mengetahui statistik
keluarga yang terbabit banjir.
“Saya
ucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri
Perak khususnya YAB Menteri Besar kerana saya fikir ini adalah kaedah
yang begitu baik, iaitu Biro Kebajikan hanya dapat angka sebenarnya
dari Pejabat Menteri Besar iaitu Pengerusi Perhubungan Negeri.
“Kita
sememang dan sepatutnya bagi bantuan ini kepada Pengerusi Perhubungan
Negeri. Di sini saya dapat seramai 3,083 rumah setakat ini yang
diperoleh daripada YAB Menteri Besar. Tapi kita bagi 3,500 barangan
keperluan ini. Kita faham ada yang masih belum daftar,” katanya di
Bangunan UMNO Perak hari ini.
Biro
Kebajikan UMNO Malaysia menyampaikan bantuan berupa 2,500 dapur;
2,500 unit tilam; 4,000 bantal serta tong gas.
Pada
majlis itu juga, Biro UMNO Perak turut memberi sumbangan periuk nasi
dan cerek air.
No comments:
Post a Comment