Biro
Kebajikan UMNO Malaysia telah menyampaikan bantuan barangan keperluan
asas kepada 3,500 keluarga yang terlibat dalam bencana banjir di
negeri Perak baru-baru ini.
Bantuan
keperluas asas itu yang berupa 2,500 dapur, 2,500 unit tilam dan
4,000 bantal telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO
Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kepada Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Bangunan
UMNO Negeri di Ipoh pada Rabu.
Dr Zambry
yang juga Menteri Besar Perak berkata, 3,500 keluarga yang menerima
bantuan itu adalah berupa penerima yang telah mendaftar dan kini
berada di pusat-pusat pemindahan banjir.
Beliau
mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak dan Abdul Azeez di atas keprihatinan mereka terhadap
mangsa-mangsa banjir di negeri Perak.
Menurut
beliau, ini merupakan satu amalan yang dilaksanakan oleh Biro
Kebajikan UMNO Malaysia dan juga Barisan Nasional atas arahan Perdana
Menteri.
“Bagi
pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
Perdana Menteri dan kepada Biro Kebajikan UMNO yang diterajui oleh
Datuk Seri Abdul Azeez dan juga pasukan beliau yang bekerja
bertungkus lumus bagi memastikan masalah mangsa-mangsa banjir ini
dapat diselesaikan selepas banjir berlaku,” katanya.
Menurut Dr
Zambry, keperluan asas yang diberikan ini adalah bagi membolehkan
keluarga terbabit memulakan kehidupan mereka selepas banjir.
Mengenai
kedudukan banjir, katanya, jumlah mereka yang berada dikawasan
penempatan semakin berkurangan dan kebanyakkan mereka sudah pulang ke
kediaman masing-masing.
Beliau
berkata, kerajaan negeri ketika ini sedang memberi penumpuan dan
perhatian di kawasan-kawasan yang menghala ke Hilir Perak, khususnya
di kawasan Perak Tengah, Kampung Gajah dan Manjung.
Sementara
itu, Abdul Azeez memuji langkah yang diambil UMNO Perak kerana telah
menyediakan kaedah yang tepat berhubung stastistik keluarga yang
berdaftar yang terbabit dalam bencana banjir untuk menerima bantuan
daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia.
“Kita
akan serahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri iaitu Menteri
Besar di setiap negeri dan saya rasa ini kaedah yang tepat dan betul
supaya tidak ada masalah yang timbul,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment