Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Friday 16 January 2015

Kerajaan Negeri Terima RM300,000 Untuk Bantu Mangsa Banjir:– DSD Dr. Zambry Abd Kadir



Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menyumbangkan RM300,000 untuk bantuan mangsa banjir di Perak.
Bagi pihak Kerajaan Negeri saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Jamil Khir kerana bermurah hati bagi pihak MAIWP memberi sumbangan sebanyak RM300,000 bagi mangsa-mangsa banjir di negeri Perak.
Sesungguhnya sumbangan ini tentunya akan dapat meringankan beban mangsa-mangsa dan kita akan menyalurkan bantuan-bantuan ini dalam pelbagai bentuk kepada mangsa-mangsa seperti mana juga sumbangan yang disampaikan oleh penyumbang-penyumbang yang lain sebelum ini yang telah pun kita salurkan dalam bentuk bantuan-bantuan yang diperlukan pada ketika itu,” kata Menteri Besar, YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Beliau menerima sumbangan tersebut yang diserahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir di Pejabat MB di Ipoh.
Dalam pada itu Dato’ Seri Jamil Khir menerangkan walau pun MAIWP adalah sebuah entiti yang berfungsi di Wilayah Persekutuan namun di dalam keadaan bencana seperti sekarang ia mengambil inisiatif untuk turut sama membantu.
MAIWP telah pergi ke Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan juga Sabah untuk menyampaikan sumbangan.
Oleh kerana Kelantan paling teruk terjejas, kami sumbangkan RM1 juta, Terengganu dan Pahang RM500,000 setiap negeri, manakala negeri-negeri lain masing-masing menerima RM300,000,” jelas YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir.
Mengenai kerja-kerja pasca banjir, Dato’ Seri Jamil Khir mengakui bahawa ia memerlukan tanggungan yang besar serta  tindakan segera.
Di Kelantan, sebagai tambahan kita tambah RM200,000 untuk beli water jet untuk cuci kawasan seperti kawasan sekolah dan juga bangunan-bangunan yang terlibat dan sebagainya yang terjejas banjir,” katanya.
Bercakap bagi pihak MAIWP,  Dato’ Seri Jamil Khir merakamkan rasa dukacita yang mendalam kerana banjir berlaku pada Disember yang hampir masa persekolahan.

Kerajaan menganjak masa pembukaan persekolahan untuk memberi ruang kepada mereka yang terlibat banjir. Ini menunjukkan satu keprihatinan pihak kerajaan khususnya kementerian yang terbabit di dalam pelajaran untuk memberi kemudahan kepada sekolah2,” jelas beliau.

No comments:

Post a Comment