IPOH:Mencintai
Rasulullah SAW menjadi syarat dan tanda bagi orang Islam yang beriman
selepas cinta paling agung kepada Allah SWT.
Penceramah
bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias, berkata terdapat macam-macam jenis
cinta tetapi yang paling agung adalah cinta kepada Allah SWT.
“Kedua
pula adalah cinta kepada Rasul kerana ia merupakan syarat dan
tanda-tanda orang beriman,” katanya.
Beliau
berkata lagi, sekiranya tiada cinta kepada Rasul, ia menunjukkan
bahawa manusia tersebut tidak beriman.
“Tidak
beriman di kalangan kamu jika mencintai manusia lebih daripada
Rasullullah SAW dan tanda cinta kepada nabi adalah dengan menyukai
apa yang disukai oleh Baginda.
“Kalau
kita sayang dan cinta kepada Rasul, ikutlah apa yang telah diturunkan
oleh Allah kepada kamu,” katanya lagi.
Beliau
berkata demikian pada Majlis PerakFM Berselawat anjuran Bank Muamalat
Malaysia Berhad dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, petang
tadi.
Dalam
ceramahnya juga, beliau menggesa agar umat Islam mengikut perkara
yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala
larangan-Nya.
“Jangan
sesekali mengingkari semua ajaran yang diturunkan oleh Allah dan
turutilah segala perintah-Nya… ini dapat menunjukkan tanda
kecintaan kepada Allah dan Rasul,” katanya.
Terdahulu,
majlis turut diserikan dengan persembahan selawat daripada kumpulan
nasyid Pusat Pendidikan Al-Barakah.
No comments:
Post a Comment