IPOH:
Barisan Nasional (BN) Perak sedang giat mengatur strategi bagi
menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
Pengerusinya,
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, banyak perkara yang
dibincangkan dalam mesyuarat tertutup yang berlangsung hari ini.
“Kita
mengadakan perbincangan bagi merangka bentuk kerja berkaitan
pengukuhan program dan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum
akan datang.
“Ia
melibatkan kehadiran barisan pimpinan utama komponen-komponen BN
negeri Perak bersama pengerusi sayap-sayap masing-masing
“Sesi
perbincangan gerak kerja ini menjurus kepada semakan mengenai
perancangan yang perlu BN lakukan untuk memperkukuhkan kedudukan,
memperbaiki kelemahan dan kekurangan serta merancang masa depan.
“Kita
juga melihat kepada perkara-perkara yang memerlukan kita bekerjasama
dan mendengar sekiranya timbul sebarang permasalahan yang perlu
diselesaikan,” ujar beliau lagi.
Beliau
yang juga merangkap Menteri Besar Perak berkata demikian pada media
selepas mempengerusikan mesyuarat khas BN negeri di Bangunan UMNO
Perak di sini.
Katanya,
mesyuarat itu juga diharap dapat memberi rangsangan kepada BN untuk
memberikan yang terbaik untuk rakyat di negeri itu.
“Kita
telah mendengar pembentangan yang dibuat oleh setiap parti komponen
tentang usaha mereka untuk mengemaskini perancangan di peringkat
parti dan juga kawasan,” katanya lagi.
Mengulas
sama ada kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan MIC menjejaskan
perancangan yang dibuat oleh BN Perak, beliau berkata, pihaknya akan
melihat isu itu secara menyeluruh.
“Kita
lebih menekankan kepada aspek perancangan di peringkat negeri, bukan
sahaja melibatkan MIC tetapi juga semua parti kerana apabila kita
merancang untuk negeri Perak, ia melibatkan kepentingan bersama.
“Setiap
parti mempunyai kelebihan, kekurangan dan peluang yang perlu digarap.
“Kelemahan
itu harus diperincikan dan dicari jalan penyelesaiannya kerana
permasalahan ini tidak tertumpu kepada MIC semata-mata.
“Kita
juga perlu melihat dari sudut demografi politiknya, perkhidmatan dan
juga bagaimana kami perlu memperbaiki dan menambah perkhidmatan yang
sedia ada kerana kita tidak boleh berdiri pada kedudukan yang sama.
“Kita
perlu merancang dan merencana dengan lebih baik bagi mencapai
kejayaan pada pilihan raya umum akan datang,” jelas beliau lagi.
No comments:
Post a Comment