KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan perjumpaan dengan pemimpin beberapa bahagian Umno di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Difahamkan
perjumpaan bersama Presiden UMNO itu diadakan bagi melihat dan
membincangkan gerak kerja jentera parti di peringkat akar umbi bagi
menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perjumpaan
yang bermula kira-kira 9 pagi itu berlangsung lebih kurang tiga jam
dan pemimpin bahagian yang terlibat membuat pertemuan secara
bergilir.
Ketua
Umno Bahagian Bukit Gantang, Perak, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed
Abdul Fasal berkata pertemuan seumpama itu biasanya diadakan apabila
menjelang pilihan raya, namun ibu pejabat UMNO telah mula bergerak
agresif untuk melakukan persiapan lebih awal.
“Presiden
ingin mendengar dan melihat usaha-usaha yang telah kita lakukan.
Selain itu kita juga berbincang tentang masalah di peringkat bawahan,
pertengahan dan atasan serta sistem penyampaian yang perlu
dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.
Difahamkan
mulai minggu ini Presiden Umno dan Timbalan Presiden, Tan Sri
Muhyiddin Yassin akan bergilir-gilir mengadakan perjumpaan dengan
pemimpin UMNO bahagian di ibu pejabat Umno
Selain
Bukit Gantang, pemimpin Umno dari beberapa bahagian lain termasuk
Sepang turut bertemu Najib hari ini.
Syed
Abu Hussin menyifatkan pertemuan yang turut dihadiri Setiausaha Agung
Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah amat baik untuk
meningkatkan motivasi jentera parti.
“Ia
juga menunjukkan kepimpinan tertinggi benar-benar serius mengambil
tahu perkembangan di peringkat akar umbi,” katanya.
Sementara
itu, Tengku Adnan yang ditemui kemudian enggan mengulas lanjut
mengenai pertemuan tersebut.
No comments:
Post a Comment