Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Friday 30 January 2015

Tahap Kebersihan Di Bandaraya Ipoh Mendukacitakan: DS Zambry



IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyeru wargakota agar bekerjasama dan memberi perhatian khusus dalam menjaga kebersihan serta memelihara persekitaran bandaraya Ipoh yang disifatkan cukup mendukacitakan.
Saya telah memberi arahan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memberi perhatian terhadap perkara yang dikhususkan seperti sampah sarap, rumput-rumput perlu dipotong dan longkang yang perlu diselenggara,” katanya.
Tambahnya lagi, bandaraya Ipoh perlu diberi perhatian kerana ia melambangkan negeri Perak.
Beliau berkata demikian sejurus membuat lawatan mengejut di sekitar bandaraya Ipoh, di sini hari ini.
Katanya lagi, pihak berwajib juga perlu meningkatkan tahap kebersihan di kawasan sekitar.
PERAKTODAY17
Perkarangan Dataran Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh telah menjadi salah satu tempat tarikan kepada wargakota namun malangnya kesedaran sivik tiada hingga sampah sarap memenuhi kawasan ini,” katanya.
Ujarnya lagi, ini menunjukkan bahawa kesedaran sivik di kalangan orang ramai yang berkunjung ke kawasan tersebut masih rendah.
Apabila pihak MBI bertegas, ada pula yang cuba bertindak membantah dan saya tidak akan berkompromi dalam soal kebersihan,” katanya.
Ujarnya lagi, situasi tersebut cukup memalukan apabila persekitaran kotor tersebut disaksikan oleh pengunjung luar.
Kerajaan negeri tidak akan berkompromi kali ini dan mereka yang ingin berniaga di sini seharusnya memastikan keadaan sekitar turut dijaga,” tegasnya lagi.
Tambahnya, peniaga bertanggungjawab terhadap persekitaran perniagaan supaya sentiasa bersih selain memberikan kerjasama kepada semua pihak.
Kita tidak mahu menyekat mana-mana pihak berniaga namun perlunya ada kesedaran sivik dan sifat bertanggungjawab di kalangan peniaga,” katanya.
Tegasnya lagi, pemuliharaan terhadap infrastruktur yang disediakan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
Negara Jepun boleh dijadikan contoh yang baik untuk diikuti dan jangan sekali bersifat angkuh terhadap perkara seperti ini,” katanya.
Tegasnya lagi, walaupun perkarangan KTM tidak dibenarkan menjadi lokasj perniagaan, peniaga tetap dibenarkan berniaga atas jasa baik MBI.
Nasihat daripada MBI perlu didengar dan jika peniaga tidak berdisplin, masalah ini pasti akan terjadi,” katanya.
Ujarnya lagi, kawasan sekitar Memory Lane (Pasar Karat) juga perlu diberi perhatian dari aspek infrastruktur dengan meningkatkan pencahayaan seperti lampu jalan.

Jalan-jalan di bandaraya Ipoh perlu disegerakan penyelenggaraannya kerana laluan ini digunakan oleh orang ramai setiap hari sekaligus membahayakan keselamatan mereka,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment