Selepas
lima hari hilang ditelan limpahan air banjir, mayat Mohamad Haris
Mohamad Johari, 20, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit Felcra Toh
Paduka Raja dekat Kampung Gajah kira-kira jam 11.15 pagi Ahad.
Mayat yang
masih lengkap berpakaian ditemui anggota bomba selepas usaha mencari
dalam air dihentikan pada malam semalam kerana cuaca gelap, hujan dan
limpahan air ban di kawasan ladang kelapa sawit tersebut.
Ketua
Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Penolong Penguasa
Bomba,Zaipul Efandi Ahmad berkata, mangsa ditemui pada lokasi yang
agak jauh dari tempat dia terjatuh ke dalam air banjir ketika mengail
ikan sebelum lemas.
“Kira-kira
jam 11.15 pagi, anggota bomba menemui mangsa kira-kira 400 meter dari
tempat kejadian.
"Anggota
bomba menggunakan teknik 'surface searching' bagi operasi ini dan
operasi tamat sepenuhnya pada 12.30 tengahari,” katanya kepada
PerakNews.
Menurutnya,
pihak keluarga telah dihubungi dan mayat mangsa kemudian diserahkan
kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
Operasi
mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bermula pada Rabu lepas
melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), pihak PDRM,
penduduk kampung dan sebuah bot bomba.
Dalam
kejadian yang berlaku pada Rabu lepas ,mangsa yang berasal dari Kg
Padang Gerotak,Pulau Tiga Kiri,Seri Iskandar dipercayai terjatuh ke
dalam limpahan air banjir ketika cuba mengail ikan dan dihanyutkan
beberapa ratus meter sebelum ditemui.
No comments:
Post a Comment