Kerajaan
Negeri menjunjung kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin
Shah dan keluarga di atas keprihatinan untuk turun bersama melihat
kesusahan dan kesengsaraan rakyat yang menghadapi musibah banjir
baru-baru ini.
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau bagi pihak
kerajaan negeri menjunjung kasih kepada Paduka Seri Sultan Perak dan
keluarga kerana bermurah hati menyumbang bantuan kepada mangsa banjir
berupa pakaian dan kasut sekolah kepada lebih 1,000 penuntut melalui
Yayasan Sultan Azlan.
“Baginda
begitu prihatinan apabila mencemar duli turun bersama melihat
kesengsaraan dan kesusahan rakyat jelata yang menghadapi musibah
banjir,” katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menerima bantuan barangan
keperluan asas bagi pihak 3,500 keluarga yang terbabit dalam bencana
banjir di negeri Perak daripada Pengerusi Biro Kebajikan UMNO
Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Bangunan UMNO Negeri
pada Rabu.
Dr Zambry
yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkata, 3,500
keluarga yang menerima bantuan itu adalah keluarga yang telah
mendaftar dan kini berada di pusat-pusat pemindahan banjir di negeri
ini.
No comments:
Post a Comment