Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggariskan 12 fokus utama
untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2015.
12 fokus
itu ialah:-
1.
Menyelesaikan masalah banjir.
2. Majlis Bandaraya dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menumpukan kepada lima isu asas iaitu rumput, sampah, longkang, lanskap dan lampu jalan.
3. Melaksanakan pendekatan 3P (padang, perasaan, penyelesaian).
4. Mengisi segera kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan.
5. Semakan kualiti kerja projek-projek infrastruktur.
6. Persiapan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).
7. Memastikan manifesto Barisan Nasional dilaksanakan.
8. Pengurangan jenayah.
9. Gejala dan ancaman dadah.
10. Kesihatan rakyat.
11. Usaha menambah hasil negeri.
12. Hubungan antara wakil rakyat dan jabatan awam.
2. Majlis Bandaraya dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menumpukan kepada lima isu asas iaitu rumput, sampah, longkang, lanskap dan lampu jalan.
3. Melaksanakan pendekatan 3P (padang, perasaan, penyelesaian).
4. Mengisi segera kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan.
5. Semakan kualiti kerja projek-projek infrastruktur.
6. Persiapan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).
7. Memastikan manifesto Barisan Nasional dilaksanakan.
8. Pengurangan jenayah.
9. Gejala dan ancaman dadah.
10. Kesihatan rakyat.
11. Usaha menambah hasil negeri.
12. Hubungan antara wakil rakyat dan jabatan awam.
Pada
Executive Talk dan Perutusan Tahun Baru 2015 di Dewan Bankuet,
Bangunan Perak Darul Ridzuan yang bertajuk 'Menuju Matlamat' pada
Khamis, Menteri Besar berharap kakitangan kerajaan memahami hala tuju
untuk mencapai Gagasan Perak Amanjaya.
Menurut
beliau, gagasan itu amat penting, bukannya sekadar wawasan pemimpin
negeri tetapi ia digarap dengan teliti setelah mengambil kira denyut
nadi majoriti rakyat.
Bagaimanapun,
beliau mahu kakitangan kerajaan supaya berani mengakui kelemahan
serta kekurangan, realistic serta optimistik dan jangan mengamalkan
sikap 'yes sir'.
Dalam
ucapannya, Dr Zambry mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua pihak yang telah membantu menjayakan pengurusan banjir kerana
telah melaksanakan gerak kerja yang baik sehingga menjadi contoh
kepada negeri-negeri lain.
Beliau
juga mahu PBT mengambil perhatian serius terhadap jalan-jalan
berlopak dan membaikinya dalam tempoh 24 jam kerana ia boleh
menyebabkan bahaya kepada pengguna, khususnya penunggang motosikal.
Di samping
itu, beliau meminta semua kekosongan jawatan, baik di peringkat
negeri, mahu pun persekutuan supaya mengisi segera kekosongan bagi
melancarkan lagi program pembangunan yang dirancang.
"Saya
tidak mahu lagi mendengar cerita terdapat jabatan yang jawatan
pengarahnya kosong hingga satu setengah tahun kerana ia adalah
keperluan," ujar beliau.
Ketika
menyentuh isu kualiti kerja projek infratruktur, Dr Zambry memberi
contoh jalan di Pos Kemar di Gerik yang menelan kos RM7 juta, rosak
walaupun tidak sampai dua tahun disiapkan.
Dalam pada
itu, beliau mahu penjawat awam juga menemak manifesto kerajaan
Barisan Nasional (BN) dan memastikan janji-janji yang dibuat di dalam
manifesto itu dilaksanakan.
"Kita
tidak mahu dilihat sebagai kerajaan yang menipu rakyat, saya harap
ini dapat diambil tindakan dan kita sangat serius dalam hal ini,"
tegas beliau sambil memberi contoh salah satu janji kerajaan BN ialah
untuk membina 20,000 rumah mampu milik.
No comments:
Post a Comment