Kerajaan
Aceh di Sumatra telah memilih untuk bekerjasama dengan kerajaan
negeri Perak bagi membangunkan bidang pendidikan dan budaya negeri
itu dalam usaha membangunkan semula banda Aceh yang terjejas teruk
akibat kejadian tsunami 2005.
Penasihat
Kanan Gabenor Aceh dalam bidang Ekonomi dan Pembangunan Wilayah,
Iskandarsyah Bakri berkata, selain Perak, kerjasama yang sama turut
diwujudkan bersama negeri-negeri di wilayah utara Malaysia dan Asia
Selatan.
“Kerajaan
Acheh berharap agar kerjasama yang lebih kukuh dapat dijalinkan
dengan universiti di Perak dan Malaysia.
“Aceh
dan Perak akan terus menjalinkan kerjasama bukan hanya dalam bidang
pendidikan tetapi juga pelbagai bidang lain serta berkongsi contoh
yang diguna pakai di peringkat nasianol (kerajaan pusat),” katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat bersama
agensi kerajaan negeri Perak di bilik Gerakan Bangunan Perak Darul
Ridzuan pada Isnin.
Hadir sama
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi
Hijau negeri, Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria.
Selain
itu, katanya, kerajaan Aceh juga sedang berusaha mengembalikan
kegemilangan Aceh sebagai pusat pengajaran agama Islam Asia Tenggara.
Iskandarsyah
berkata, usaha itu lebih menjurus kepada pusat pembelajaran moden,
saling terbuka dan Islamik yang berbeza dengan konsep Timur Tengah.
Sementara
itu Dato’ Dr Muhammad Amin berkata, hubungan kerjasama dalam bidang
pendidikan dengan kerajaan Aceh sudahpun terjalin sehingga ke hari
ini menerusi pertukaran pelajar antara kedua-dua pihak.
“Taklimat
kali kedua antara Kerajaan negeri Perak dan wakil kerajaan Aceh telah
diadakan untuk berkongsi maklumat mengenai peluang yang disediakan
oleh kedua-dua pihak dalam bidang pendidikan dan kebudayaan"
katanya.
“Hubungan
pendidikan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan tidak
ketinggalan juga dalam bidang lain seperti bidang pembangunan dan
ekonomi,” katanya selepas mempengerusikan taklimat bersama agensi
Kerajaan negeri Perak mengenai peluang pelaburan di Aceh.
No comments:
Post a Comment