Isteri
Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat mangsa banjir di
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Rimba Raja, berdekatan
Lambor Kanan pada Sabtu.
Beliau
yang juga merangkap Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan
Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) mengambil peluang
beramah mesra dan meninjau keadaan rumah penduduk yang terjejas
banjir.
Kira-kira
200 mangsa terlibat yang terdiri daripada 48 buah keluarga di kawasan
tersebut hadir dalam majlis itu.
Menurut
kenyataan yang dikeluarkan oleh BAKTI, Rosmah bersama-sama anggota
badan amal itu akan melaksanakan misi bantuan pasca banjir di tiga
negeri yang terjejas akibat fenomena banjir luar biasa.
BAKTI juga
akan bergerak ke Kelantan esok iaitu ke Gua Musang, Kuala Krai dan
Tanah Merah untuk menyalurkan bantuan kepada lebih 6,000 mangsa
banjir.
Dua lagi
negeri terjejas banjir yang akan dikunjungi BAKTI termasuk Pahang dan
Terengganu.
No comments:
Post a Comment