Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Sunday 4 January 2015

Perak Terima RM1.5 Juta Bantuan Mangsa Banjir



Perak telah menerima kira-kira RM1.5 juta sumbangan daripada sektor korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mangsa banjir di seluruh negeri ini.
Terbaharu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima sumbangan RM1.1 juta daripada lapan syarikat korporat dan NGO dalam satu majlis khas di pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak di Ipoh pada Jumaat.
Sumbangan-sumbangan itu diterima daripada Felcra Berhad (RM150,000), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (RM130,000), Yayasan Tan Sri Nasimuddin / Naza Corp Holdings Sdn Bhd (RM100,000), Agroto Sdn Bhd (RM100,000), MRCB Bhd (RM50,000), Kinijuara Holdings Sdn Bhd (RM50,000), Datuk Leong Kin Mun (RM20,000) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (RM500,000).
Dr Zambry di dalam ucapannya memberitahu, sebelum ini pihaknya juga tekah menerima sebanyak RM400,000 daripada korporat, NGO dan individu yang tampil untuk membantu.
Menurut beliau, bantuan itu tidak termasuk yang disalurkan terus melalui NGO, korporat atau orang perseorangan untuk membantu mereka yang ditimba banjir.
Sambil mengucapkan ribuah terima kasih kepada semua pihak yang membantu, beliau turut melahirkan rasa kagum dengan tindakan pantas pelbagai untuk bersama-sama membantu.
Apabila musibah dan bencana banjir berlaku, kita daripada pelbagai latar belakang, tanpa mengira kaum, tampil untuk membantu. Pada saya, tindakan pantas rakyat Malaysia, khususnya di Perak, adalah cukup hebat.
Bantuan tiba bertalu-talu sejak hari pertama dan saya amat berbangga dengan semangat solidariti rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa yang sama-sama menghadapi masalah dan sama-sama menyelesaikan masalah itu,” kata Menteri Besar.
Beliau memberi jaminan, segala sumbangan yang diterima akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk membantu mangsa banjir, bermula sekarang hinggalah kepada pasca banjir.
Dalam masa sama, beliau menyeru lebih banyak pihak tampil untuk menghulurkan sumbangan untuk bersama-sama membantu mangsa banjir.
Mengulas mengenai laporan sebuah portal pembangkang kononnya kerajaan negeri Perak menolak sumbangan RM100,000 daripada kerajaan Selangor, Dr Zambry berkata, perkara itu tidak harus dipolitikkkan.
Kalau nak derma, dermalah, tak payahlah nak dijadikan isu politik, bukan masa untuk berpolitik, rakyat sedang menderita sekarang. Kita juga pernah membantu Kedah ketika negeri itu dilanda banjir dahulu tetapi kita tidak pernah menghebahkannya,” tegas beliau.


No comments:

Post a Comment