Lebih
2,500 orang telah membanjiri kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri
Dr Zambry Abd Kadir bagi menghadiri majlis ilmu sempena Maulidur
Rasul.
Bacaan
indah qasidah memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ceramah
dari Ustaz Kazim Elias menjadi intipati sepanjang program tersebut
berlangsung pada pagi Ahad.
Dr Zambry
berkata, program tersebut telah memasuki tahun kelima dan pihaknya
amat terharu dengan sambutan yang telah diberikan di mana bukan
sahaja masyrakat dari negeri ini malah dikatakan ianya turut melibat
masyarakat luar dari Perak.
“Saya
dimaklumkan orang yang hadir pada hari ini bukan sahaja dari Perak
malah dari beberapa buah negeri lagi yang datang beramai-ramai
menaiki 20 buah bas.
“Usaha
yang dilakukan oleh Ustaz Kazim seharusnya dipuji kerana ianya adalah
satu usaha yang murni di mana beliau tidak pernah putus menganjurkan
program-program keagamaan seperti ini,” katanya.
Beliau
berkata demikian di dalam ucapannya ketika merasmikan galeri ilmu dan
juga buku terbaharu yang ditulis oleh Ustaz Kazim sendiri bertajuk
“Cuit-cuit”.
Dr Zambry
menambah, program keagamaan seperti itu bukan sahaja diadakan pada
waktu-waktu tertentu sahaja tetapi ianya diadakan secara mingguan di
seluruh negeri Perak.
Program
tersebut telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan qasidah-qasidah
menjunjung Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh pelajar-pelajar
Pusat Pendidikan Al Barakah Ipoh sebelum Ustaz Kazim memberi ceramah
sehingga jam 12 tengah hari.
No comments:
Post a Comment