Jumlah
mangsa banjir di Perak mencatatkan penurunan pada Rabu apabila
seramai 7,191 orang daripada 1,1968 keluarga masih ditempatkan di
pusat pemindahan banjir sekitar negeri ini, berbanding 7,664 orang
daripada 2,047 keluarga tengahari semalam.
Ketua
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak,
Khairul Ridzuan Mat Said berkata, sehingga jam 2 petang Rabu, hanya
53 pusat pemindahan masih dibuka berbanding 57 pada hari Selasa.
Bagaimanapun,
menurut beliau, satu pusat pemindahan baharu telah dibuka di daerah
Manjung iaitu di Pusat Pemindahan Sungai Kayan yang menempatkan 40
orang daripada enam keluarga.
Katanya
lagi, pihak MKN juga menjangkakan tiga lagi kawasan di daerah Teluk
Intan bakal dinaiki air ekoran paras air yang tidak stabil iaitu di
Pasir Bedamar, Kampung Batak Rabit dan juga Kampung Terengganu.
“Dijangkakan
kawasan-kawasan yang akan terlibat adalah seperti yang tersebut
tetapi pihak kita telah pun mengambil langkah siap sedia melalui
jadual yang bersistematik,” katanya di satu sidang media pada Rabu.
Khairul
memberitahu, daerah Perak Tengah masih lagi menempatkan mangsa yang
paling ramai di negeri ini iaitu seramai 4,902 orang daripada 1,337
keluarga di 20 pusat pemindahan.
“Sehingga
jam 2 petang tadi daerah Hulu Perak mempunyai 14 pusat pemindahan
yang menempatkan 225 keluarga dan di daerah Kuala Kangsar pula
terdapat 16 pusat pemindahan menempatkan 204 keluarga.
“Di
daerah Kerian pula kita mempunyai 2 pusat pemindahan yang menempatkan
321 orang daripada 321 keluarga,” tambah beliau.
Beliau
turut meminta rakyat negeri Perak untuk mendapatkan maklumat terkini
mengenai banjir melalui portal banjir MKN yang rasmi.
“Pihak
MKN memohon kepada semua rakyat Perak untuk sentiasa melihat portal
banjir MKN untuk mengetahui apa yang berlaku di negeri perak ini.
“Ini
adalah untuk mengelak daripada sumber-sumber dan maklumat yang tidak
sahih, kita sentiasa mengemas kini maklumat kita,” katanya
No comments:
Post a Comment