KUALA LUMPUR – Penyalahgunaan hak kebebasan bersuara sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan hanya akan memudaratkan hubungan kaum dan perpaduan rakyat di negara ini.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk menjamin
keharmonian dan mengukuhkan perpaduan itu, semua pihak perlu lebih
bertanggungjawab terhadap kebebasan yang diberikan selama ini.
“Kalau
kita mahu dunia ini aman, kita mesti melahirkan satu keadaan di mana
apa yang kita lakukan itu adalah dengan rasa penuh bertanggungjawab.
“Kalau
kita hendak kata bahawa kerana kebebasan kita boleh kutuk agama lain,
kita boleh persenda agama lain, itu hanya membawa kepada kemudaratan
yang berat sekali,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung
Tahunan Majlis Belia Malaysia ke-63 di Hotel Istana, di sini, hari
ini.
Najib
berkata lagi, semua penganut agama perlu memahami sensitiviti agama
masing-masing jika mahu mengekalkan keharmonian di negara ini.
“Walaupun
dalam kes Charlie Hebdo, memang membunuh adalah satu ditegah sama
sekali oleh agama tetapi akan ada orang yang akan bersikap demikian
kalau kita tidak menghormati sensitiviti agama.
“Begitulah
juga jika orang Islam ada sensitiviti, orang Kristian ada
sensitiviti, orang Hindu ada sensitiviti dan orang Buddha ada
sensitiviti.
“Kalau
kita faham sensitiviti masing-masing, saya percaya Malaysia akan
menjadi negara yang sentiasa amanah,harmoni dan berjaya,” katanya
lagi.-sinar harian
No comments:
Post a Comment