Kerajaan
negeri menjadikan masalah banjir sebagai focus utama untuk para
penjawat awam menyelesaikan isu bencana tersebut.
Dalam
Majlis Executive Talk & Perutusan Tahun Baharu 2015 hari ini,
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengucapkan
terima kasih kepada semua jabatan yang terlibat dalam menyeselaikan
masalah yang melanda rakyat.
“Saya
minta selesaikan masalah banjir; Alhamdulillah,saya nak ucapkan
terima kasih kepada semua… Sekarang ini masuk peringkat pasca
banjir, kita tahu akan melibatkan pelbagai aspek, termasuk masalah
kesihatannya, masalah denggi, dan masalah penyakit lain yang perlu
dilihat,” katanya.
Penekaan
turut dinyatakan bagi mencari jalan terbaik untuk membantu
mangsa-mangsa banjir yang kehilangan kediaman serta rumah-rumah
mereka yang mengalami kerosakkan teruk.
Datuk
Seri Diraja Dr Zambry juga mengarahkan kepada Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) agar melihat dan memastikan semula sistem pemparitan
dan aliran sungai yang boleh menyebabkan berlakunya banjir.
“Masalah
yang melibatkan rumah mereka yang rosak perlu kita selesaikan,
masalah yang berkaitan dengan sistem perparitan, sistem sungai,
pengaliran sungai yang menyebab berlakunya banjir perlu di laksanakan
oleh JPS.
“Begitu
juga dengan DO (pegawai daerah) ) di peringkat daerah, perlu melihat
bagaimana kita nak membina semula dan membantu”, jelas beliau.
Sementara
itu, Datuk Seri Diraja Dr Zambry menegaskan dalam isu banjir ini
tidak sepatutnya ia dijadikan bahan politik. Sebaliknya ia adalah
satu ujian.
“Ini
soal malapetaka, jangan mempertawakan.. ini musibah dan malapetaka
yang melibatkan sebahagian kita.
“Baik
di Kelantan, Perak, dan kini Sarawak, ini melibatkan kita”,
tegasnya.
Secara
keseluruhannya, Datuk Seri Dr Zambry berkata beliau amat berpuas hati
dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menguruskan
masalah banjir di negeri ini dan ini sekaligus mendapat perhatian
pihak lain.
“Sekali
lagi saya bagi pihak kerajaan negeri ucapkan terima kasih kerana tuan
puan yang melaksanakan satu gerak kerja yang baik dalam pengurusan
banjir dan ini dapat pengikhtirafan daripada kerajaan persekutuan
yang mana …dari aspek pengurusan banjir,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment