Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Monday 12 January 2015

Perak Antara Negeri Terlibat Dengan Penundaan Sesi Persekolahan:- KPM





Perak antara negeri yang diberi tempoh lanjutan cuti persekolahan ekoran masalah banjir yang belum pulih sepenuhnya. Tempoh yang diberikan adalah lima hari persekolahan.
Setakat ini 19 buah sekolah di negeri ini dikenal pasti yang terlibat dengan penundaan itu iaitu daripada keseluruhan 41 buah sekolah. Selebihnya adalah 4 buah sekolah di Kelantan dan 18 buah sekolah di Pahang.
Dalam satu kenyataan,  Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Dr. Khair Bin Mohamad Yusofberkatapersetujuan mengenai perkara itu telahpun terlebih dahulu dirujuk kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid”, jelasnya.
Di Perak dan Pahang penundaan tarikh adalah pada 12 hingga 16 Januari 2015 dan tarikh baru masuk sekolah adalah pada 19 Januari 2015.
Di Kelantan pula, tarikh penundaan adalah pada 11 hingga 15 Januari 2015 dan sesi persekolahan akan bermula pada 18 Januari 2015.
Bagaimanapun pihak sekolah yang berkenaan perlu menggantikan tempoh lima hari tarikh penundaan itu.
“Ia juga adalah selaras dengan pemakluman oleh YAB Menteri Pendidikan pada 8 Januari 2015 bahawa sekolah-sekolah tersebut masih memerlukan masa untuk pembersihan dan pemulihan,” kata Dato’ Sri Dr Khair.
Bagi sekolah yang tidak terlibat dengan masalah banjir akan memulakan sesi persekolahan mereka pada esok 12 Januari 2015 seperti yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

No comments:

Post a Comment