Kerajaan
menganggarkan sebanyak RM350 juta diperlukan untuk membaiki
sekolah-sekolah di seluruh negara yang mengalami kerosakan akibat
banjir.
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu perlu
disediakan oleh lain-lain agensi dan tidak termasuk swasta dan
sebagainya.
"Saya
sudah buat anggaran untuk sekolah saya sahaja RM350 juta yang perlu
disediakan untuk membaiki kerosakan kerosakan,'' katanya yang juga
Menteri Pendidikan.
Muhyiddin
berkata demikian selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lambor Kiri pada Khamis. Turut
mengiringi beliau Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau
juga mengarahkan semua agensi berkaitan menyegerakan proses
pendaftaran kerugian yang dialami mangsa banjir dan pelbagai
kemudahan awam.
Katanya,
urusan itu perlu dilakukan sekarang memandangkan keadaan banjir di
seluruh negara kini semakin pulih.
No comments:
Post a Comment