Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Thursday 29 January 2015

PIDD Jadi Program Penjenamaan Pembangunan Perak



Kerajaan Perak menjangkakan Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) akan terus menjadi satu wadah penjenamaan bagi dialog antarabangsa yang bersangkutan isu-isu pembangunan di negeri ini.Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, program itu yang dikendalikan Institut Darul Ridzuan (IDR) juga akan menjadikan negeri Perak sebagai pusat dialog dan persidangan yang bersifat nasional dan antarabangsa.Beliau berkata, usaha kerajaan negeri mengambil langkah mewujudkan program PIDD telah mendapat pengiktirafan daripada beberapa kalangan pemikir."Kita telah memulakan Pangkor International Development Dialog dan sudah dua kali diadakan namun pada tahun lalu PIDD telah mendapat pengiktirafan yang kita tidak jangkakan daripada beberapa kalangan pemikir dan juga mereka yang terkenal dalam bidang masing-masing," katanya.Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan untuk melihat perkembangan Institut Darul Ridzuan (IDR) di Greentown, Ipoh pada Khamis. Hadir sama Ketua Eksekutif IDR, Dr Mazalan Kamis.Beliau juga berkata, pihak berkuasa pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan EPU akan bersama-sama meneruskan penganjuran PIDD sekaligus menaikkan taraf PIDD.Lantaran itu, katanya, pihak NCIA telah bersetuju untuk memperuntukkan perbelanjaan tahunan mereka sebanyak RM1.5 juta bagi menganjurkan program PIDD selain peruntukan yang dikeluarkan kerajaan negeri.Mengenai IDR, katanya, kerajaan negeri ingin menjadikan IDR sebagai sebuah 'tangki pemikiran' dalam usaha untuk memajukan negeri Perak dalam bidang-bidang yang telah kerajaan kenalpasti termasuk mengantarabangsakan negeri Perak.Katanya, sebagai contoh minggu lalu IDR telah dilawati oleh seramai 45 penuntut dari Universiti Havard untuk berinteraksi dengan pihak IDR yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada kerajaan negeri."Laporan yang kita dapati mereka ini begitu tertarik dengan program-program yang diaturkan oleh kerajan negeri Perak.'' katanya.Selain itu, katanya, pihak IDR juga telah mendapat pemintaan daripada penuntut Universiti Cambridge, UK untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke IDR tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment