Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Monday 19 January 2015

Banjir: 576 Mangsa Banjir Masih Di Tempatkan di Tujuh Pusat Pemindahan di Perak



IPOH: Keadaan banjir di Perak masih belum menunjukkan perubahan untuk pulih sepenuhnya berikutan masih ada lagi mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan.
Sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 576 mangsa daripada 158 keluarga masih ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan yang dibuka di tiga buah daerah di negeri itu.
Daerah Perak Tengah masih mencatatkan jumlah mangsa banjir yang paling ramai ditempatkan di lima pusat pemindahan di daerah itu iaitu seramai 438 mangsa daripada 118 keluarga.
Manakala, Daerah Hilir Perak pula mencatatkan jumlah seramai 107 mangsa banjir daripada 30 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di daerah itu dan Daerah Hulu Perak pula seramai 34 orang daripada 10 keluarga di satu pusat pemindahan.
Sementara itu, paras air di dua buah daerah masih melebihi paras amaran dan juga bahaya.
Sumber daripada Public Infobanjir di laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan, sehingga jam 10 pagi tadi, Sungai Perak di Kampung Gajah (Daerah Perak Tengah) telah melebihi paras amaran iaitu setinggi 6.71 meter.
Tasik Temenggor di Banding di Daerah Hulu Perak pula mencatatkan paras air melebihi paras bahaya iaitu setinggi 248.41 (m).
Semua penduduk di kawasan berhampiran diminta mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan mereka terlibat dalam bencana banjir.

Penduduk juga diminta mengawasi anak-anak mereka daripada bermain dan berada berhampiran dengan sungai tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment