Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Friday 9 January 2015

Sesi Persekolahan Beberapa Buah Sekolah Di Perak Tengah Mungkin Ditunda



Dalam pada itu, Dr Zambry berkata, beliau telah meminta pegawai-pegawai daerah memaklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta beberapa jabatan lain bagi membantu mengatasi masalah air bertakung di rumah mangsa atau kawasan tertentu.
Menurut beliau, takungan air itu berlaku adalah disebabkan kawasan yang terlibat terbentuk seperti kawah dan air tidak dapat bergerak.
Kita ada mesin pam untuk mengeluarkan air daripada rumah mereka dan juga di kawasan tompokan-tompokan air yang mungkin tak dapat keluar,” ujarnya.
Di samping itu, kata beliau, kerajaan melalui pelbagai agensi telah mula membuat penilaian terhadap kerosakan yang berlaku terhadap jeti, jambatan dan jalan-jalan di seluruh negeri, termasuk di kawasan perkampungan Orang Asli.
Dr Zambry seterusnya merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu usaha membersihkan rumah-rumah mangsa banjir dan beberapa kawasan di ditenggelami air sebelum ini.

Beliau memberi contoh, dua hari lalu, sepasukan 300 sukarelawan dan UMNO Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang, datang untuk bersama-sama untuk membantu sukarelawan di negeri Perak untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

No comments:

Post a Comment