Sultan
Perak Sultan Dr Nazrin Shah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat
Dihormati (D.K.) sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah 11 Disember lepas.
Turut
berangkat ke upacara pengurniaan di Istana Bukit Kayangan di sini
ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Hadir sama
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Perak
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta pegawai-pegawai tinggi
kerajaan Selangor.
Darjah
tersebut merupakan Darjah Kebesaran tertinggi Selangor Darul Ehsan.
Sultan
Nazrin Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 29 Mei tahun lepas
berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah.
Istiadat
pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 akan
berlangsung pada 6 Mei depan.
No comments:
Post a Comment