Negara
Islam bukannya satu matlamat dannegara Islam tidak terbentuk sekadar
menamakannya sebagai negara Islam, tetapi satukaedah untuk mewujudkan
sistem pemerintahan yang melakukan amal makruf danmenegah
kemungkaran.
Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shahbertitah, perlu ada kerjasama,
saling menghormati, bersatu padu bagimempertahankan kedaulatan watan,
meluhurkan piagam atau perlembagaan negaraserta mendaulatkan
undang-undang untuk memastikan berlakunya keadilan agarnegara
dilimpahi Ilahi dengan rahmat keamanan serta kesejahteraan.
Titah
baginda, negara Islam yang dipimpinoleh Rasulullah SAW mengutamakan
keadilan di mana ianya merupakan faktor yangakan menentukan rasa
hormat dan penerimaan rakyat kepada pemimpin dan sifatadil yang
diamalkan oleh Rasulullah SAW tidak hanya dinikmati oleh umat
Islammalah keadilan turut dinikmati oleh bukan Islam.
"Umat
Islamtidak dihalang malah dibolehkan menghulurkan bantuan untuk
memperbaiki gerejadan biara penganut Kristian dan perbuatan demikian
tidak dihukum secara melulutelah menggelincirkan akidah umat Islam,"
titah baginda.
"Amalan
toleransi agama diperlihatkan secaraterang lagi nyata ketika
Rasulullah SAW bersetuju menandatangani perjanjiandengan para rahib
di biara St Catherine berhampiran Bukit Sinai pada tahun 627.
"Perjanjiantersebut
tercatat dalam sejarah dunia sebagai satu dokumen perjanjian
yangmencerminkan kemuliaan sifat Baginda, memancarkan cahaya
toleransi," titah bagindaketika menghadiri Majlis Sambutan
Maulidur Rasul Peringkat negeri Perak dengantema 'Perpaduan Nadi
Transformasi Negara', bertempat di Pusat Konvensyen AmanJaya, Meru
Raya, Ipoh pada Sabtu.
Bagindabertitah,
Rasulullah SAW memberikan mesej jelas bahawa Islam adalah agama
yangharmoni, agama yang mengutamakan hubungan persaudaraan, agama
yang mementingkanelemen kasih sayang.
Selain
itu, titah baginda, Islam menganjurkanwujudnya hubungan kasih sayang
antara Yang Maha Pencipta dengan makhluk yangdicipta, dan hubungan
kasih sayang sesama makhluk ciptaan Ilahi.
"Setiap
surah di dalam Al-Quran melainkansurah At Taubah dimulakan dengan
kalimah Bismillahi Rahmani Rahim tersebutditemui dua kali di dalam
Surah An Naml; kalimah yang menyatakan sifat-sifatAllah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani; sifat-sifat yang mencerminkankasih
sayang pencipta kepada ciptaanNya lalu mengurniakan pelindung begitu
jugapertolongan," titah Sultan Nazrin.
Bagindabertitah,
Rasulullah SAW di sepanjang hayatnya sentiasa mempamerkan sifat
kasihmengasihani sesama insan, menghormati perbezaan pegangan agama
dan amalanbudaya. Baginda memilih menggunakan pendekatan diplomasi
dalam menyelesaikankonflik dan percanggahan pendapat sesama ummah dan
antara ummah.
"Tutur
kata dan tindak tanduk Rasulullah SAWmencerminkan watak
kesederhanaan, baginda berpegang kepada order politik yangberakarkan
semangat berkhidmat- semangat berkorban," titah Sultan Nazrin.
Baginda
bertitah lagi, melaluihikmah kebijaksanaan pemimpin terdahulu,
elemen-elemen yang pelbagai itu berjayadigabung dan dicantumkan
hingga terbinanya sebuah negara Malaysia, merdeka lagiberdaulat, aman
lagi tenteram, makmur lagi sejahtera.
"Bumi
Malaysia telah sekian lamadikurniakan nikmat Ilahi dengan keamanan
dan ketenteraman, kemakmuran dankesejahteraan, kekayaan hasil bumi
dan terlindung daripada bencana besar danmalapetaka dan negara ini
berlatarbelakang persekitaran yang warganya telahberjaya mencapai
kata muafakat untuk hidup dalam semangat toleransi,menghormati
perbezaan dan menerima kelainan," titah baginda.
Sultan
Nazrin bertitah, semangatpermuafakatan yang telah dipupuk dan dicapai
oleh barisan pemimpin ketikamembentuk sebuah negara merdeka yang
berdaulat hendaklah terus dihormati.
"Sebarang
tuntutan – sebarangperbuatan yang bercanggah dengan semangat
permuafakatan tersebut, wajibditentang demi memastikan kelangsungan
kedaulatan sebuah negara merdeka yangwarganya menerima dan
menghormati perbezaan, hidup berpadu, rukun lagi damai.
"Bersyukurlah
atas nikmatkurniaan Ilahi kepada bumi dan negara kita selama ini,
semoga ia berkekalandengan setiap kita berusaha untuk tidak melakukan
perbuatan yang menunjukkanpenderhakaan terhadap Allah SWT dengan
setiap kita berusaha untuk tidakmengingkari sunah Rasul," titah
baginda.
Dalam
majlis ini, lima anugerah disampaikan kepada penerima iaituAnugerah
Keluarga Mithali diberikan kepada Toh Maharaja Indera Datuk
KhairuddinArshad; Anugerah Pendakwah, Mohamed Arib Aliah; Anugerah
Pegawai Masjid,Allahyarham Ahmad Isa (wakil); Anugerah Siak, Sarbini
Jemu dan AnugerahPenguatkuasa Agama kepada Mohd Nasir Harun.
Kesemua
penerima membawa pulang wang tunai RM5,000.00,cenderahati serta sijil
penghargaan.
No comments:
Post a Comment