Putrajaya:
Kerajaan akan mengambil beberapa pendekatan tepat, berhemah dan penuh
kebijaksanaan serta melakukan pengubahsuaian selaras perubahan
landskap ekonomi dunia bagi memastikan Malaysia muncul sebagai blok
ekonomi maju menjelang tahun 2020.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, landskap ekonomi dunia sudah
berubah dengan mengejut sekali terutama selepas terjunamnya harga
minyak global sehingga 60 peratus.
Beliau
berkata, keadaan itu bukan saja memberi implikasi kepada ekonomi
dunia, malah Malaysia juga tidak terkecuali.
Justeru,
katanya, kerajaan perlu melakukan pengubahsuaian dan mengambil sikap
pragmatik serta tidak lari daripada objektif yang hendak dicapai.
“Kita
perlu melihat kejatuhan harga minyak termasuk apa kesannya kepada
pertumbuhan ekonomi negara serta impak kepada hasil negara dan nilai
ringgit.
“Esok
(hari ini) kerajaan akan umumkan apa pengubahsuaian yang akan
dilakukan dan langkah intervensi yang akan diambil supaya senario
baharu ini kita hadapi menerusi tindakan lebih proaktif,” katanya
berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini,
semalam.
Turut
hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua
Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa dan menteri Kabinet.
Najib
berkata, negara perlu memahami keadaan itu dan bertindak secara
proaktif bagi menjamin pertumbuhan mapan selain melindungi
kepentingan rakyat serta menentukan kesejahteraan rakyat tidak
terjejas.
Katanya,
kerajaan juga akan memastikan pelaksanaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) berjalan lancar seperti dirancang dan Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang akan dibentang pada Mei ini dapat
memberi keyakinan terhadap harapan negara dan rakyat.
“Tahun
2015 sudah tentu berkaitan dengan ekonomi. Pada 1 April ini penguat
kuasaan GST akan dilaksanakan dan kita mesti menjamin GST dapat
dilaksanakan seperti dirancang.
“Segala
aspek perlu diambil kira termasuk menjaga harga barangan supaya tidak
naik berlebihan serta boleh dikawal dengan baik,” katanya.
Katanya,
tahun ini juga kerajaan akan melancarkan RMK-11 yang menjadi
rancangan pusingan terakhir sebelum tahun 2020.
Najib berkata, kerajaan perlu memastikan segala yang mahu diimuatkan dalam RMK-11 dalam tempoh terdekat memberi keyakian bahawa apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.
Najib berkata, kerajaan perlu memastikan segala yang mahu diimuatkan dalam RMK-11 dalam tempoh terdekat memberi keyakian bahawa apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.
Dalam
pada itu, katanya, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia diberi
peluang untuk menonjolkan diri di pentas serantau dan dunia.
Malah,
katanya, Kuala Lumpur juga akan mengumumkan Ekonomi ASEAN (AEC) dan
ia adalah satu pengisytiharan bersejarah sepanjang penubuhan ASEAN.
-Metro
No comments:
Post a Comment