IPOH
: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi penekanan
khusus menangani banjir ke arah usaha-usaha pasca banjir bagi
penilaian terhadap kerosakan yang berlaku telah dan sedang giat
dijalankan.
“Sama
ada oleh pihak Jabatan kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah dan kini
sedang giat bagi memastikan supaya kawasan yang dilanda banjir
dapat diberikan bantuan secara sukarela untuk proses
pembersihan kawasan sekitarnya,” katanya.
Tambahnya
lagi, kawasan pembersihan kawasan terlibat banjir dijalankan seperti
di Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Sungai Siput daripada semua pihak
termasuk badan bukan kerajaan.
Mengulas
pula mengenai kejadian banjir kilat yang berlaku di Batu Gajah
semalam, faktor kejadian katanya perlu diteliti secara mendalam
berikutan beberapa faktor yang menjadi penyebab seperti masalah
perparitan dan paras air yang naik secara mendadak.
Katanya
lagi, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Perak (JPS) perlu dirujuk
bagi mengenal pasti kesan kejadian berlaku termasuklah
mengenai sistem perparitan yang perlu dinilai secara teliti.
Tambahnya
lagi, untuk menangani banjir, tidak hanya mengharapkan satu
pihak semata-mata kerana bagi membantu rakyat adalah
melibatkan semua pihak.
“Semua
pihak telah memberikan kerjasama yang baik bagi menangani bantuan
banjir kali ini,” katanya.
Jumlah
kerugian akibat banjir di Perak masih di dalam proses penilaian dan
jelasnya lagi, kerugian kali ini juga tidak sebegitu serius seperti
di Pahang dan Kelantan.
Menurut,
Ketua Polis, Datuk Osman Salleh berkata setakat hari ini juga pihak
Polis tidak menerima sebarang aduan dan laporan berkaitan kejadian
jenayah yang berlaku yang menimpa mangsa banjir kali ini.
“Semasa
musim banjir ini tiada satu laporan berkaitan kejadian rumah dipecah
masuk atau sebarang kejadian jenayah yang berlaku,” katanya.
Jelasnya
lagi hanya satu kejadian mati lemas melibatkan seorang pemuda yang
lemas akibat terjatuh ke dalam saluran air di Kampung Gajah telah
dilaporkan.
“Pemuda
18 tahun itu lemas pada 31 hari bulan yang lalu dan mayatnya
telah dijumpai semalam,” katanya.
No comments:
Post a Comment