Sumbangan
keperluan Misi Bantuan Pasca Banjir Batu Kurau-Kelantan 2.0 adalah
bertujuan untuk meyakinkan golongan ibubapa agar memberi tumpuan
khusus kepada pemulihan pendidikan anak-anak selepas bencana banjir.
Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan,Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau,
Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, kebanyakan keluarga yang
terlibat dalam banjir kurang memberikan perhatian kepada kebajikan
anak-anak mereka yang kini sudah mula bersekolah.
Menurut
beliau, mereka kehilangan sumber pendapatan dan kemudahan asas di
kediaman masing-masing di samping runsing mengenai cara mencari
rezeki dan sesuap nasi.
"Jadi
kami berharap dengan sumbangan ini mereka akan memberi fokus kepada
kebajikan anak-anak yang mula melangkah ke alam persekolahan pula,"
katanya kepada PerakNews.
Beliau
berkata demikian selepas memberikan sumbangan pasca banjir di sekitar
Gual Ipoh, Mukim Tebing Tinggi dan SK Sokor,Tanah Merah, Kelantan
pada Jumaat.
Menuru Dr
Amin, bukan mudah untuk mengembalikan semangat mahu belajar di
kalangan kanak-kanak selepas mengalami musibah yang teruk seperti
itu.
Justeru,
katanya, ibubapa harus memainkan peranan dalam mendorong dan memberi
motivasi kepada anak-anak agar tabah meneruskan pembelajaran di
sebalik kesedihan seisi keluarga selepas banjir.
Tinjauan
yang dilakukan oleh Dr Amin mendapati kebanyakan sekolah masih tidak
mempunyai kemudahan asas bagi sesi persekolahan yang telah bermula
baru-baru ini.
"Peralatan
dan kelengkapan masih rosak, keadaan sekolah masih kotor dan tidak
terurus, jadi saya harap Kementerian Pendidikan dapat mengambil
tindakan segera agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat kembali
seperti sediakala," ujarnya
No comments:
Post a Comment