Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Tuesday 13 January 2015

Kerajaan sediakan 20 tangki penapis air



KUALA KRAI – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membelanjakan RM800,000 untuk membeli 20 tangki penapis air jenis H2O R1 bagi kegunaan mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai.
Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tangki itu mampu menapis 18 liter air dalam masa satu jam, dan boleh memproses sehingga 20 juta liter air sebelum penapis baharu ditukar, telah digunakan di 17 kampung di jajahan tersebut.
Tangki itu yang berharga RM40,000 setiap satu dan boleh menyimpan sehingga maksimum 20,000 liter air pada satu-satu masa, dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung mangsa banjir yang sebelum ini sangat sukar mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian, katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai di Kampung Karangan di sini, hari ini.
Kita sedar air sungai sekarang bercampur dengan lumpur dan nak tapis air bukannya mudah. (Sebab itu) kita bekalkan tangki yang boleh tapis dan bekalkan air kepada penduduk. Saya minta agensi kerajaan berkaitan mengenal pasti punca air yang sesuai untuk ditapis,” katanya.
Sementara itu Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Datuk Mohd Arshad Ismail Mohd Shafie yang turut hadir pada majlis itu berkata, Kesedar membekukan cuti kesemua 550 kakitangannya untuk ditugaskan membantu mangsa banjir sepanjang bencana tersebut melanda negeri ini pada bulan lepas.

Kita tempatkan kakitangan Kesedar di beberapa buah pusat pemindahan bagi membantu mangsa banjir memasak makanan serta turut melaksanakan pelarasan bantuan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang tiba untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa di kawasan kampung,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment